Monday, September 7, 2009
Nasi AraB CyberjaYa...
ari sabtu tu berbuka puasa dengan nasi ayam...best!puas btoi makan...memang kenyang sgt2 ler....puas ati makan kat sane....
Wednesday, August 19, 2009
Salam Ramadhan...
Wednesday, June 10, 2009
HePi BeSdaY!
Sunday, May 24, 2009
Tandem Nursing...
kemudian, berkisar pada pemakanan khalisya, erm...kak su pon cerita psal anak dia si iki...camner dia kawal pemakanan n susu iki...bagus..bagus...dapat gak idea
Monday, May 18, 2009
Mitos vs Fakta berkaitan Penyusuan Ibu
10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:
Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.
Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.
Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.
Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.
Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.
Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.
Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.
Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
Tuesday, April 28, 2009
buzzzz.....bzzzz......huhuhu
Friday, April 10, 2009
Cloth Diaper
- Kesihatan
- Jimat
- Anak saya mempunyai masalah kulit yang sensitive, dah macam2 jenis Disposable Diaper (DD) saya guna untuk anak saya… dari dia lahir sehinggalah skrg… dia bukan takat ruam, penah sekali tu sampai luka2 pernah juga berdarah..sian sgt tgk…
- Setiap kali cuti pasti menggunakan lampin kain (napkin) yang biasa tu kat rumah sb nak bg anak punye merah2 tu berkurang… tp dia x bape puas tido sebab kadang2 dia terjaga…
- Pastu Saya dengan suami terus tukarkan DD yg lebih baik untuk anak, Alhamdulillah Nampak pengurangan merah2 tersebut.
- Sehinggalah saya terbaca psal BAHAYA nya DD pada baby..saya menjadi bertambah RISAU dan terbaca psal CD…pada permulaan saya banyak bertanya pada pn.Suraya (lunatots) tentang kualiti CD sb anaknya yg pakai CD 100%...saya masih ingat, saya tanye…x bocor?same cam mamypoko ke?hehehe lawak je kalau ingat alik…macam2 saya tanye kat pn. Suraya time tu.. hehehe...
- saya baca article CD kat diary lunatots...saya bertambah lebih teruja menggunakan CD sb kulit anak pn.suraya juga sensitif
- saya juga baca article CD kat diary lunatots, bagaimana nak handle CD ni...
- Saya pon buat percubaan (beli 3 keping, percubaan pon 3 keping tu..hehehe) saya beli kat pn.Suraya masa gath bod parenting psal CD n baby wearing time tu… excited sgt…pas pre wash CD tu 2x, saya terus pakaikan pada anak saya…Alhamdulillah saya Nampak anak saya sgt seronok menggunakan CD…saya dapat melihat pada perubahan kulit anak saya… dengan yakin di sini saya katakana, CD lebih baik daripada DD…
- Skrg saya ngn asben x penin pk psal DD dah abih…hehehe…dlu klu hamper abih mesti kelam kabut nak beli…skrg kami tenang, xperlu memikirkan perkara tersebut..hahaha
saya mahu anda semua dapat banyak kebaikan apabila pakaikan CD pada anak kesayangan anda :) saya nak anda juga dapat banyak kebaikan dan kelebihan seperti saya :)
Friday, April 3, 2009
Thursday, April 2, 2009
MeMoiR de LanGkaWi
Saturday, March 21, 2009
BeSday PartY AjiM...
Monday, February 23, 2009
gathering bod parenting...
Saturday, February 14, 2009
BOLT.....
Tuesday, February 3, 2009
Trip ke Pangkor...
1&2 feb 2009 trip ke pangkor, join team koir MAMPU... walaupon aktiviti simple tapi mmg best sgt2... hepi sgt2 percutian tu... time ni laa Khalisya main air laut n mengenal laut serta pantai... hehehe
Wednesday, January 28, 2009
Kenduri Di Felda Sri Ledang...
Saturday, January 17, 2009
Ampang Point...
arini berjalan sakan dgn Mak Amni...mula2 berjanji jumpa kat BABYJAYA... pas shopping kat BABYJAYA gi ke Ampang Park Plak utk cari Jaket Wan(spupu gak) Kat BABYJAYA Khalisya n Amni beli baju same... nati leh pakai same... hehehe pastu kat Ampang Park gi jalan2...sedar2 ari dah gelap... hehehe...suka tgk si Amni duk lam carrier...si Khalisya xnak... siap nangis2... dia x selesa agaknye... tp akhirnya dia duk lam carrier tu... tp lame2 nangis jugak... akhirnya kena laa dukung gak...
Friday, January 16, 2009
hari yang gembira...
Thursday, January 15, 2009
cover magazine....
Wednesday, January 14, 2009
Dah menirap....
Umah Mak Tam Cheras
sampai kat umah Maktam diorg dah sampai rupa2nye...suka tgk Amni ngn Khalisya nampak mesra cuma masih xreti nak bergaul lg...hehehe... bawak camera tp lupa nak amik gambo..hehehe
nest week kenduri kat Tangkak(kenduri abgMer) cadangnyer nak konvoi ngn MakTeh Kinah...tp mgkn ade lg yg nak convoi same...mesti best ramai2..hehehe
Monday, January 12, 2009
jaundice...
ni plak gambo Khalisya sebelum n selepas duk bawah lampu biru tu (ultra violet) 10 ari dia duk bawah lampu tu..sian kat dia....
Monday, January 5, 2009
Gathering Bod Perak (Jan '09)
gi gader geng2 kompi bod perak kat damansara...umah kak bella...best giler....ramai btoi yang datang..sape yg x datang mmg rugi...sb org yg xpernah join gader pon datang...hehehe...yg dah kawen tu bawak family masing2...mmg syok sangat2 laa...jumpa smua...semua nye ceria...anak2 pon bemesra sesama sendiri...peramah cm parents gak..hehehe..